Sunday, June 7, 2009

bunga besi




Bunga Besi
.
bunga besi,
untuk mempengaruhi masa depanku
naik semangatku dari sengketa miskin
gaduh, koyak rabak mental-mental mereka
angkara papa kedana
biarkan dibakar dan terbakar
elok-elok meniup bara
supaya bara bisa terus membakar tanpa mataku buta meraba
insyaAllah segalanya..
.
(dalam maksudku dalam mewarnai indah dan gempitanya alam hujung mata)
.
Adesam Zainal
07 Jun 09

Tuesday, June 2, 2009

perjuangan!


"..jika takut menerima kegagalan, jangan bercerita tentang perjuangan..!!!"
.
Seseorang manusia itu tidak selayaknya menceritakan tentang hebatnya sesuatu perjuangan itu jika dia sendiri tidak berani menerima kegagalan. Kegagalan dalam perjuangan adalah satu asam garam yang perlu ditempur, ini kerana dalam perjuangan, kegagalan itu di anggap satu kuasa yang melonjakkan kita lebih kehadapan menghadapi satu rintangan yang lebih mencabar lagi. Tanpa kegagalan kita belum layak di panggil dengan jolokan 'pejuang'. Justeru saya nasihatkan kepada semua rakan dan taulan supaya mencari di mana tersorok pahitnya kegagalan itu supaya kita bisa bergelar 'pejuang!' kerana di dalam perjuangan itu ada manisnya hidup dalam bentuk nikmat yang kita pohon dari yang empunya kuasa semesta ini. Lihatlah dalam-dalam supaya kita dapat melihat di manakah silapnya jika kita takut pada kegagalan!

sebuah cita-cita


"..secubit garam akan memasinkan segelas air, tetapi jika garam yang secubit itu diletakkan ke dalam teko, kemasinan garam akan berkurangan. Jika garam yang sama kuantitinya itu dilarutkan pula dalm sebaldi, sekolah malah sekolam air, masinnya tidak akan terasa langsung!.."
.
Semakin besar cita-cita maka semakin mengecil masalah, seperti mana garam yang hilang kemasinannya apabila air bertambah. Seteko, sebaldi, sekolah atau sekolam air itu adalah cita-cita manakala secubit garam itu adalah masalah. Teman, jika cita-cita yang kita impikan itu tidak besar maka setiap masalah yang menyentuhnya itu akan pasti meranapkan cita-cita kita dengan mudah. Justeru haruslah seseorang itu membesarkan akan cita-citanya untuk mencapai sesuatu dan mendapatkannya. Manusia tidak pernah lari dari pelbagai masalah itu sudah pasti satu kenyataan yang benar dan boleh di katakan hampir 100 peratus ianya dirasai oleh semua manusia. Langkah yang harus diambil segera tampa berlengah lagi adalah membesar kan cita-cita kita supaya kita hadapi hanya masalah yang sekecil kuman sahaja dan memudahkan peratus kejayaan yang tinggi pada diri kita. Peratus kegagalan sesebuah bangsa adalah kerana hanya menyimpan angan-angan Mat Jenin sahaja. Berangan mempunyai cita-cita. Ya berangan mempunyai cita-cita itu bagus tapi cita-cita yang bagaimana besarnya? berangan sahaja atau ada tindakbalasnya? terus dan terang saya kata kan bahawa jika kita mempunyai cita-cita hanya dengan angan-angan sahaja tanpa ada tindakbalas itu adalah cita-cita omongan kosong! cita-cita kecil sekecil hati kuman!
.
Marilah rakan dan taulan, marilah kita kearah anjakan mengubah cita-cita yang kecil kepada cita-cita yang lebih besar. Kerana setiap manusia itu ada tahap kekuatan diri masing-masing. Saya katakan bagus jika tahap kekuatan diri seseorang itu tinggi kerana ia mampu menghadapi berbagai-bagai rintangan masalah dengan cekal. Tapi tanya pada diri anda sendiri adakah anda tergolong dari seorang yang mempunyai tahap kekuatan yang tinggi? jika tidak, ini lah masanya untuk anda membesarkan cita-cita anda sebesarnya agar anda mampu menghadapi masalah yang akan datang walaupun tahap kekuatan diri anda belum berada di peringkat yang memuaskan! sekarang masanya untuk anda mengubah laluan halangan anda dengan bertukar dari cita-cita kecil kepada cita-cita besar. Jika dahulunya anda sering tersungkur-sungkur dalam mengejar cita-cita anda, tapi bermula hari ini pastikan anda sedang melakukan kan perubahan yang besar pada diri anda untuk memasang cita-cita yang lebih besar lagi supaya anda dapat mengejar cita-cita anda tanpa tersungkur-sungkur lagi, Oleh itu ketahuilah jika anda katakan 'boleh' maka semuanya berubah kearah 'anda boleh'.

Monday, June 1, 2009

Masalah hati


"..carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat, jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati kematian, jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah pinta hati yang baru.."
.
Teman, bahasa hati itu indah, bahasa hati itu juga kotor.
teman, bahasa hati itu dusta, bahasa hati itu juga benar.
teman, bahasa hati itu rosak, bahasa hati itu juga baik.
teman, bahasa hati itu wangi, bahasa hati itu juga busuk.
teman, hati itu berlagu seperti mana tarian empunyanya
teman, pilih lah alunan yang wajar supaya ianya berbahasa dalam batas-batasnya
oleh itu, berlagu lah dengan indah dan menarilah dalam rentak seorang pejuang.
pejuang menentang hati yang kotor!